Wednesday, 26 August 2015

Resepi Kek Coklat @ Kek Milo Kukus Paling Senang

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Saya minat memasak. Saya tak PANDAI memasak. Belum sampai tahap pandai. Saya masih berada di tahap TAHU memasak. Masak lauk simple yang dimakan oleh keluarga saya macam masak lemak cili api, sambal, kari, masak kicap, asam pedas dll. Saya tak ada bakat memasak semulajadi. Selalu jugak fail dan masakan rasa tak sedap. Tapi saya suka mencuba. Betul kata orang, practice makes perfect. Kita boleh improve kebolehan kita bila kita selalu mencuba. Jangan takut mencuba. Semua orang bermula dengan kosong. Rajin atau malas nak belajar je yang menentukan kemampuan kita. Okay, banyak sangat membebel. Saya nak share resepi kek kukus. Yang memang senang gila. Celah gigi je nak buat. Untuk newbie macam saya, resepi ni memang sangat sesuai sebab simple dan affordable dan menjadi. Menjadi kalau anda ikut SEBULAT-SEBULAT tau. Tu berdasarkan pengalaman saya la. Hehehe.

Resepi Kek Coklat @ Kek Milo Kukus

Anda boleh pilih nak buat kek coklat kukus atau kek milo kukus. Bahan dan sukatan dia sama. Yang berbeza bahan utama iaitu sama ada COKLAT atau MILO. Resepi ni saya pelajari dari FB Resepi Dapur.. Hasil dia tak manis tak tawar. Sedap2 dan ngam2 je.

Bahan A
1 cawan milo @ coklat serbuk (pilih salah satu)
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B
1 setengah cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk bikarbonat

Bahan C
3 biji telur (nak 2 biji pun boleh kalau tak suka telur)
1 sudu teh esen vanilla


CARA-CARA
1. Masukkan semua Bahan A dalam periuk. Gaul hingga sebati. Lepas tu pasang api sederhana. Bila dah sebati semua bahan, tutup api dan biarkan sejuk sedikit.

2. Kita uruskan Bahan C pula. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, kemudian letak esen vanilla. Lepas tu, pukul hingga sebati. Saya pakai sudu je pukul bahan-bahan ni. Pukul sampai warna telur tu dah tak berapa kuning @ selama 5 minit dalam pukulan yg laju

3. Masukkan Bahan C yang dah siap dipukul tadi ke dalam Bahan A. Kacau bagi sekata.

4. Masukkan Bahan B ke dalam adunan Bahan A + Bahan C tadi. Kacau hingga sekata, hingga tak ada gelembung tepung (adunan licin dan cantik).

5. Panaskan air kukus

6. Sementara air kukus tu panas, ambil loyang, tak kisah bentuk apa. Kemudian ambil marjerin sapu pada permukaan loyang tu. Lepas tu tabur sikit tepung gandum dan ratakan dalam loyang (sikit je tau, dalam secubit dua je). Tujuannya supaya kek tak melekat bila masak.

7. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Bila air dah panas, masukkan loyang dalam periuk kukus.

8. Sila balut penutup periuk kukus dengan tuala atau tudung. Ini untuk elakkan wap air jatuh atas kek anda semasa proses memasak. Tak pun tutup loyang tu dengan aluminium foil kalau malas nak membalut penutup periuk kukus.

9. Kukus dengan api sederhan selama 50 minit hingga 1 jam. Cucuk dengan garfu. Kalau mlekat dekat garfu, kek belum masak maknanya.

10. Bila kek dah masak, biarkan kek sejuk. Lepas tu curahkan topping. Then, hiaslah dengan bunga ke, krim ke, chocolate rice ke. Ikut kreativiti anda.

TOPPING
Sementara nak tunggu kek masak, kita buat topping dia.

Bahan-Bahan
Setengah cawan milo @ coklat (pilih salah satu)
1 sudu makan minyak masak
1 sudu makan air
Setengah cawan susu pekat (kalau takut manis sangat, kurangkan la)

Cara-cara
Campur semua bahan ke dalam mangkuk Kacau hingga sebati. Masak secara double boil (Masukkan mangkuk tu dalam bekas yang berisi air panas/didih). Masak hingga masak & sebati.

*Kalau saya, lepas kek dah masak, saya keluarkan loyang dari periuk. Then saya masukkan mangkuk tu di air yang ada dalam periuk kukus tu. Sebab air tu mmg panas kan.



2 comments: