Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dua hari lepas, saya dikejutkan dengan berita pemergian seorang insan yang istimewa dalam hidup saya. Istimewa bukan kerana dia pasangan saya. Saya tiada pertalian darah apatah lagi apa-apa ikatan dengan dia. Kekasih bukan, keluarga bukan. Kawan pun bukan. Nama sebenar dia pun saya tak tahu. Jumpa lagi la tak pernah. Sebab apa? Sebab dia hanyalah seorang kenalan saya di IG. Kami pernah sedikit rapat Sikit je. Tu pun sebab saling berbalas like dan komen. Sekejap je rapat sebab tak lama kemudian saya delete akaun IG saya tu. Lepas tu, saya buat Ig baru tapi tak follow pun dia. Sekali sekala ada la juga stalk dia nak tahu perkembangan hidup dia. Jarang stalk sebab saya busy dengan pelajaran. Sampai la detik dua hari lepas, saya tengok, dia masih tak update IG dia. Dah lebih tiga bulan dia tak update IG. Saya baca pada bahagian komen gambar terakhir yang dia post. Ya Allah. Hiba, perit, sakit, sedih, menitis air mata bila ahli keluarga dia kata dia dah tiada. Dia dah pergi untuk selama-lamanya pada 10/8/2015 yang lalu. Rasa sebak yang teramat. Saya amat terasa kehilangan dia. Walaupun dia bukanlah sesiapa bagi saya, tapi bila dia pergi, saya rasa seperti hilang seorang sahabat. Sesiapa yang mengenali dan mengikuti perjalanan hidup dia akan tahu betapa baiknya dia. Betapa peramah, periang, kelakar, penyayang, setia kawan dan baiknya dia. Ya, dia memang sangat baik. Sampai sekarang, sangat sukar untuk saya terima pemergian dia. Wajah dia terbayang-bayang di fikiran saya. Dia unik. Berbeza dengan orang di sekeliling dia. Peribadi dan tingkah laku dia nyata berbeza dengan persekitaran hidup dia. Ramah dan baiknya dia buat ramai yang sayang dan selesa dengan dia. Saya akui perkara tu. Berasa seperti sahabat walaupun sekadar kenalan IG semata.
Faz, kamu terlalu baik. Ramai yang sayangkan kamu. Tapi Allah lebih menyayangi kamu. Kamu sekadar makhluk yang Allah pinjamkan kepada kami buat sementara. Allah tahu kamu dah tak mampu untuk menanggung penyakit kamu. Allah tahu kemampuan kamu setakat di situ. Maka, Allah ambil kamu dan tak akan pulangkan kamu semula kepada kami. Terlalu sukar untuk kami terima kehilangan kamu. Tapi kami harus akur, redha dan pasrah dengan pemergian kamu. Kalau ikutkan, saya nak sangat lawat pusara kamu. Saya nak sangat hubungi keluarga kamu. Tapi saya tahu saya tak boleh kerana saya hanyalah outsider & stranger. Faz, moga kamu damai dan tenang di sana. Moga Allah ampunkan segala dosa kamu. Moga Allah tempatkan kamu bersama orang-orang yang Dia kasihi. Kami rindukan kamu Faz. We miss you very much. Sangat-sangat rindu. Al-Fatihah buat kamu, Faz..
No comments:
Post a Comment